Korea Utara yang berdepan beberapa sekatan susulan program senjata nuklearnya, telah lama mengalami isu kekurangan makanan yang kronik.

“Kerajaan tidak boleh mengabaikan kesusahan dalam kalangan rakyat Korea Utara,” kata Kementerian Penyatuan Korea yang mengendalikan hubungan diplomatik antara kedua-dua negara.

Bantuan tersebut adalah kali pertama dilakukan oleh Korea Selatan kepada negara jirannya sejak 2010. - AFP