Lapor Tribunnews.com, pemilik rumah, Johanes Kevin Anton didakwa berbuat demikian selepas penyewa rumahnya tidak mahu mengosongkan premis itu selepas tamat kontrak sewaan.

Ketua Rukun Tetangga (RT), Suparlan berkata, pemilik rumah berkenaan telah menutup satu daripada pintu rumah sewa itu menggunakan konkrit.

“Disebabkan berlaku kekecohan, penduduk setempat me­minta bantuan saya dan pihak lain untuk menyelesaikan isu tersebut,” katanya.

Suparlan memberitahu, rumah tersebut dimiliki pemilik bernama Johanes Kevin Anton manakala penyewanya tidak diketahui. - AGENSI