Lapor BBC News, Knight Craft, 57, merupakan anggota Republikan dan kini berkhidmat sebagai Duta AS ke Kanada.

Beliau berikrar untuk meneruskan usaha mendesak PBB bagi melakukan lebih banyak reformasi dan memepertahankan langkah Trump untuk mengurangkan bayaran kepada pertubuhan tersebut.

Knight Craft bakal menggantikan Nikki Haley yang meletak jawatan sebagai Duta AS ke PBB pada Oktober tahun lalu. – AGENSI