Ketika prospek merealisasikan sidang kemuncak bersejarah itu semakin suram, Trump membe­ritahu pemberita bahawa sekira­nya pertemuan itu berjaya, Jong-un bakal mendapat pelindungan yang akan menjadikannya sangat kuat.

“Jong-un akan mentadbir negaranya dan Korea Utara akan menjadi sangat kaya,” kata beliau.

Bagaimanapun, janji Trump itu juga diserta dengan amaran sekiranya diplomasi berke­naan gagal, Jong-un akan me­ngalami nasib serupa seperti bekas pe­mimpin Libya, Muammar Ga­ddafi yang ditumbangkan dan dibunuh oleh kumpulan pemberontak.

Kenyataan Presiden AS itu dibuat ketika Pyongyang kelihatan tidak lagi berminat untuk mengadakan rundingan di Singapura pada 12 Jun ini, de­ngan memberikan alasan bahawa Ame­rika hanya menuntut pelucutan senjata nuklear secara unilateral.

Trump berpendapat bahawa pendirian Jong-un dipengaruhi oleh Presiden China, Xi Jinping.

“Kemungkinan besar Jinping mempengaruhi Jong-un. Kita akan lihat apa yang bakal berlaku,” kata Trump, merujuk kepada mesyua­rat terbaharu antara kedua-dua pemimpin China dan Korea Utara, berlangsung seba­nyak dua kali dalam tempoh sebulan.

Meskipun sidang kemuncak antara Trump dan Jong-un masih samar persediaan untuk penganjurannya masih berterusan.

“Korea Utara sebenarnya ber­bincang dengan kami tentang masa dan segala-galanya seolah-olah tiada apa yang berlaku.

“Kami terus berun­ding tentang lokasi, tentang di mana per­temuan akan di­-
lakukan, ba­gai­-
mana untuk bertemu, bilik dan se­-
­gala-gala­-
nya,” ka­ta Trump.