Agensi berita Xinhua melaporkan, Khanun dikesan berada di barat perairan kepulauan Luzon pada pagi ini iaitu kira-kira 1,050 kilometer ke timur Hainan.

Khanun kini menuju ke barat laut dengan kelajuan 20 kilometer per jam dan dijangka membadai pantai timur Hainan atau melepasi selatan Hainan dan melanda utara Vietnam pada lewat Ahad.

Hujan lebat serta angin kencang diramal berlaku di selatan China bermula esok sehingga Isnin ini.

Amaran ombak tinggi yang dijangka boleh mencecah sehingga enam meter turut dikeluarkan dan dijangka berlaku di utara dan timur tengah wilayah di Laut China Selatan pada esok pagi. – BERNAMA