Menurut kenyataan polis, kereta tersebut terbabas selepas berlanggar dengan sebuah kenderaan besar yang membelok di persimpangan di Otsu City.

“Kereta itu melanggar 13 kanak-kanak dan tiga guru yang sedang berjalan di laluan pejalan kaki,” kata kenyataan tersebut.

Sekolah tadika di negara ini sering kali membawa murid-murid ke taman permainan untuk bermain atau lawatan singkat ketika waktu siang. - AFP