Menurut mereka, dasar yang diamalkan itu boleh ini merosakkan hubungan diplomatik dengan negara-negara lain serta menjejaskan industri perikanan di Indonesia sendiri.

Difahamkan, beratus-ratus bot nelayan asing termasuk dari China, Thailand dan Vietnam telah diletupkan sejak 2014 dalam usaha melindungi nelayan serta bekalan ikan tempatan.

Dalam pada itu, antara individu yang dilaporkan menentang dasar itu ketika ini termasuk Naib Presiden Indonesia, Jusuf Kalla.

“Mengikut pandangan kerajaan (Indonesia), cukup-cukuplah (perbuatan meletupkan bot nelayan asing). Tindakan ini secara tidak langsung menjejaskan hubungan antara Indonesia dengan negara-negara lain,” katanya seperti dilaporkan akhbar tempatan, Kompas. -REUTERS