Badan pemantau hak asasi manusia Syria berkata, tiga orang kanak-kanak merupakan antara korban serangan di luar Maaret al-Numan, sebuah pekan di selatan genting wilayah Idlib.

Angka kematian dijangka meningkat berikutan kecederaan parah yang dialami mangsa lain yang cedera.

Jet pejuang Syria dan Rusia meningkatkan serangan di Idlib sejak April membunuh lebih 600 orang awam ketika 52 yang lain maut akibat serangan pemberontak. - AFP