Dalam insiden itu, sekurang-kurangnya 64 orang disahkan terkorban, 41 daripadanya adalah kanak-kanak.

Menurut agensi berita Interfax, seramai 85 orang dikatakan masih hilang dalam kejadian berkenaan.

Berdasarkan laporan penyiasat, penggera kebakaran dipadamkan dan pintu kecemasan disekat ketika insiden terbabit.

Petunjuk perasaan yang berhimpun di luar ibu pejabat kerajaan tempatan menggesa para pegawai yang terlibat agar dipecat.

Malah, ada sesetengah petunjuk perasaan menyuruh Presiden Vladimir Putin meletakkan jawatan.

Selain itu, para pegawai juga diejek ketika mereka mengarahkan petunjuk perasaan agar bersurai, selepas protes itu berlangsung selama tujuh jam.

Timbalan gabenor wilayah, Sergei Tsivilev turut melutut di hadapan petunjuk perasaan bagi memohon maaf di atas insiden tersebut, yang kemudiannya menerima tepukan daripada orang ramai.

Sementara itu, berpuluh-puluh tekad untuk meneruskan protes sehinggalah gabenor Aman Tuleyev meletakkan jawatan.

Dalam pada itu, Suruhanjaya Siasatan Rusia berkata punca kebakaran masih belum diketahui.