Beliau juga menggesa agar proses penghantaran semula dilakukan secepat mungkin sebaik sahaja musim monsun berakhir.

“Kita melihat semua orang di kem berkenaan berada dalam keadaan daif. Fokus utama ketika ini memulakan proses penghantaran pulang sebaik sahaja musim monsun berakhir dan kami khuatir kepada sesiapa yang melarikan diri ke Bangladesh,” katanya.

Sabtu lalu, Myanmar telah menghantar pulang keluarga pertama Rohingya namun Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan kerajaan Bangladesh tidak mengetahui mengenai perkara itu. - REUTERS