Tindakan itu bertujuan menghargai kewujudan se­ramai 40 juta pengguna se­tia di negara ini.

Berkonsepkan tema berwarna-warni dan kreatif, ‘Perkampungan Line’ yang dibangunkan di atas kawasan seluas 1,500 meter persegi di Bangkok bakal menjadikan pengunjung teruja untuk merasai ‘dunia Line’.

Karakter popular se­perti Brown dan Choco akan di­tempat dalam bilik pame­ran khas dan diselitkan butiran mengenai kedua-dua watak berkenaan.

Selain itu, cermin dan skrin interaktif turut ditempatkan di taman tema terbabit bagi menambahkan lagi warna-warni setiap karakter selain memberi peluang kepada pengunjung untuk merakamkan kenangan di sa­na.

“Konsep Perkampungan Line adalah sebenarnya membawa karakter Line ke dunia realiti.

“Seperti...Brown, sekiranya anda pergi ke bilik tidurnya, terdapat kawasan hutan, di situ ada pelbagai aktiviti, baik fizikal dan digital,” kata Penasihat Eksekutif taman tema ber­kenaan, Rupop Shinawatra.

Tambah Rupop, konsep terbabit adalah yang pertama seumpamanya di negara ini.

Hampir dua pertiga daripada 68 juta penduduk Thailand menggunakan Li­ne.

“Orang Thailand merupakan peminat media sosial...Line menghubungkan sekumpulan manusia, ia adalah komunikasi yang berte­rusan,” ujar Rupop. – AFP