Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh pengawal pantai Jepun, kapal kargo Emerald Star seberat 33,205 tan yang membawa 26 anak kapal warga India menghantar isyarat kecemasan pada awal pagi ini ketika belayar kira-kira 280 kilometer ke timur Filipina.

Tiga buah kapal yang berada berhampiran kapal kargo itu berjaya menyelamatkan 15 anak kapal namun 11 lagi dikhuatiri masih hilang.

“Kami mengerahkan dua kapal peronda dan tiga pesawat ke lokasi kejadian namun taufan yang melanda menyukarkan operasi menyelamat dilakukan,” kata jurucakap pengawal pantai Jepun. – AFP