Menurut Pertubuhan Pemantau Hak Asasi Manusia Syria, kebanyakan kanak-kanak tersebut terbunuh apabila pesawat Rusia melancarkan serangan ke atas sebuah kem menempatkan pelarian Syria, selepas tengah malam Jumaat.

Katanya, kem yang terletak berhampiran bandar Khan Sheikhoun, di wilayah Idlib, menempatkan rakyat Syria yang melarikan diri daripada serangan dan pertempuran di wilayah Hama.

Jelas badan pemantau itu, seorang lelaki dan isterinya yang sarat mengandung juga terbunuh di bandar Kefraya dalam satu serangan udara yang dilancarkan oleh pesawat tidak dikenali,

Di utara wilayah Hama, tiga orang awam termasuk seorang kanak-kanak terbunuh akibat tembakan meriam, kata badan pemantau itu.

Tambah badan pemantau itu, pesawat rejim Rusia dan Syria melancarkan serangan ke atas Idlib sejak akhir April lalu, sehingga membunuh lebih 590 orang awam manakala 45 lagi terkorban akibat tembakan pemberontak.- AFP.