Menurut portal Mail Online, sebaik sahaja pulang dari sekolah, Minghui yang tinggal di bandar Ruijin akan menghabiskan masanya membuat 10,000 ketul wantan demi membantu menyara keluarganya.

Kedua ibu bapa Minghui be­kerja sebagai buruh di bandar lain dan kanak-kanak itu dijaga oleh datuk serta neneknya yang menjual wantan untuk kelangsungan hidup.

“Minghui bekerja keras setiap hari membantu datuk dan neneknya membuat wantan termasuk ketika sambutan kemerdekaan minggu lalu, tidak seperti kanak-kanak-kanak lain gembira bercuti bersama keluarga mereka.

“Minghui juga merupakan murid yang rajin di sekolah dan tidak sabar menunggu sambutan Tahun Baharu Cina pada setiap tahun kerana waktu itu sahaja dia berpeluang berjumpa dengan ibu bapanya,” lapor portal berita Huanqiu.

Kisah kegigihan Minghui membantu keluarganya menyentuh hati ramai pengguna media sosial Weibo di China yang turut bersimpati dengan kanak-kanak itu.

“Mungkin kita dapat sama-sama membeli wantan di kedai datuknya untuk membantu kanak-kanak ini,” kata salah seorang pengguna internet di laman sosial tersebut.