Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

KalamSat satelit paling kecil di dunia

SATELIT KalamSat seberat 64 gram ciptaan Rifath Shaarook akan
SATELIT KalamSat seberat 64 gram ciptaan Rifath Shaarook akan dilancarkan di tapak pelancaran NASA di Amerika Syarikat pada bulan depan. SUMBER BBC NEWS

MUMBAI 17 Mei – Seorang remaja India yang baru berusia 18 tahun mencipta sebuah satelit yang di­percayai paling kecil di dunia yang akan dilancarkan di tapak pelancaran Agensi Pentadbiran Angkasa Lepas dan Aeronautik (NASA) di Amerika Syarikat pada bulan depan.

Portal BBC melaporkan, satelit ciptaan Rifath Shaarook seberat 64 gram dipilih sebagai pemenang dalam satu pertandingan reka cipta remaja di sini.

Menurut Rifath dari Tamil Nadu, dia pada awalnya hanya mahu menunjukkan kemampuan mesin cetak gentian karbon 3D.

Katanya kepada media tempa­tan, ciptaannya itu akan menjalani misi selama empat jam bagi penerbangan sub-orbital.

Dalam tempoh itu, satelit ri­ngan tersebut akan beroperasi kira-kira 12 minit dalam persekitaran ruang mikro graviti.

“Satelit itu akan mempunyai kom­puter jenis baharu dan lapan sensor bagi mengukur kelajuan, putaran dan magnetosfera bumi,” jelas Rifath.

Satelit Rifath itu dinamakan sebagai KalamSat yang mengambil nama bekas Presiden India, Abdul Kalam yang merupakan perintis bagi sains aeronautik negara ini.

Projek satelit Rifath terpilih dalam pertan­dingan Cubes in Space yang anjuran sya­rikat pen­didikan idoodle dengan so­ko­ngan NASA dan Colorado Space Grant Consortium.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain