Lapor Reuters, agensi bantuan antarabangsa serta media tempatan Korea Utara telah memberi amaran bahawa kemarau dan banjir selain kurangnya akses kepada sumber-sumber asas berkemungkinan menyumbang kepada krisis makanan di negara itu.

“Kita sudah melihat impak kemarau terhadap mereka yang mudah terjejas,” kata ketua pejabat Pertubuhan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah Antarabangsa (IFRC) di Korea Utara, Mohamed Babiker menerusi satu kenyataan dikeluarkan. - AGENSI