Jumlah itu menjadikan serangan tersebut adalah yang paling buruk dalam sejarah Pakistan.

Ketika kempen semakin sengit menjelang pilihan raya umum pada 25 Julai ini, kejadian pengeboman di seluruh Pakistan telah mencetuskan ketakutan berlakunya lebih banyak keganasan kerana perhimpunan pilihan raya mampu menarik beribu-ribu penduduk.

Kumpulan pengganas Daesh mengaku melancarkan serangan tersebut ketika perhimpunan Parti Baluchistan Awami (BAP).

Lebih 180 orang cedera dan kebanyakannya parah manakala mangsa yang terbunuh termasuklah calon BAP dari wilayah itu, Siraj Raisani. - Reuters