Serangan itu merupakan yang terburuk di ibu negara Afghanistan tersebut tahun ini, demikian menurut Kementerian Kesihatan negara itu.

Setakat ini belum ada mana-mana pihak militan yang mengaku bertanggungjawab terhadap serangan tersebut yang mencatatkan 2018 sebagai tahun berdarah bagi Afghanistan di mana jumlah orang awam dan anggota pasukan keselamatan yang terbunuh mencatatkan angka yang tinggi.

Sebanyak 10 orang lagi cedera dalam serangan tengah hari semalam di kawasan yang menempatkan Kementerian Kerja raya dan pelbagai pejabat lain itu.

Dalam kejadian itu, lelaki bersenjata telah menyerbu ke dalam kawasan bangunan tersebut setelah meletupkan bom kereta di pintu masuk menyebabkan kakitangan kerajaan yang bertugas bertempiaran lari akibat ketakutan untuk menyelamatkan nyawa masing-masing.

Beratus lagi terperangkap dalam bangunan ketika pasukan keselamatan menyerbu kawasan itu dan bertempur dengan penyerang.

Ini merupakan kejadian serangan terburuk di ibu negara Afghanistan itu selepas seorang pengebom bunuh diri meletupkan dirinya dalam satu perhimpunan agama bulan lepas yang menyebabkan 55 orang terbunuh. - AFP