KIM Jong-un (kiri) berjabat tangan dengan Moon Jae-in di Zon Bebas Tentera (DMZ) di perkampungan Panmunjon hari ini. - AFP

Menariknya, Jong-un dilihat berjabat tangan dengan Presiden Korea Selatan, Moon Jae-in sambil tersenyum di sempadan tersebut.

Jong-un berkata, beliau mengharapkan rundingan yang ‘tulus’ dalam pertemuannya dengan Jae-in.

Pertemuan itu akan membincangkan isu senjata nuklear dan perjanjian keamanan antara kedua-dua negara.