Pertemuan itu berlangsung kira-kira 10 minit selepas Jong-un tiba di Dewan Agung Rakyat di Dataran Tiananmen.

Ini merupakan pertemuan kali ketiga antara kedua-dua pemimpin dalam tempoh tiga bulan dan berlangsung seminggu selepas Jong-un bertemu dengan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump di Singapura.

Menurut jurucakap Kementerian Luar China, Geng Shuang, lawatan dua hari Jong-un ke Beijing bertujuan untuk mengukuhkan komunikasi strategik antara kedua-dua negara.

Penganalisis berpendapat bahawa kunjungan Jong-un ke China adalah bagi membincangkan hasil pertemuannya dengan Trump bersama Jinping. - BERNAMA