Detik News melaporkan, Jokowi berkata, tunggu sehingga keputusan rasmi meskipun hitung cepat dibuat beberapa lembaga survei menunjukkan beliau dan pasangan Ma’ruf Amin mendahului lawan.

Beliau juga mengucapkan penghargaan kepada KPU, Badan Pengawas Pemilihan Umum (Bawaslu) dan pihak keselamatan yang menjayakan Pemilihan Umum (Pemilu) 2019.

Beliau berkata demikian ketika sidang akhbar di Djakarta Theater, hari ini.