Jakarta Post melaporkan, selepas hampir setahun ‘berjuang’ mempertahankan kedudukannya sebagai Presiden negara ini, Jokowi akhirnya menunjukkan kesediaan beliau untuk ‘menjemput’ Parti Gerakan Indonesia Raya (Gerindra) menyertai kerajaan pakatan pimpinannya.

Menerusi ucapan selepas pengumuman rasmi Komisi Pemilihan Umum (KPU) mengenai pelantikan beliau sebagai Presiden Indonesia, Jokowi sekali lagi memberi petunjuk bahawa beliau sudi berbaik-baik dengan pihak lawannya.

“Saya menjemput Prabowo Subianto dan Sandiaga Uno untuk bekerjsama membangunkan negara ini. Saya yakin mereka berdua adalah antara pemimpin yang mahu melihat Indonesia menjadi lebih kukuh, membangun dan sejahtera,” katanya.

Ditanya adakah beliau menjemput kedua-dua ahli politik itu supaya menyertai kerajaannya, Jokowi memberitahu bahawa beliau bersiap terbuka untuk mengajak sesiapa sahaja bagi bersama-sama membangunkan Indonesia.

“Saya masih perlu berbincang dengan parti dalam dalam pakatan,” ujarnya. – AGENSI