Lapor Tribunnews, mesyuarat kecil berkenaan merupakan kali pertama diadakan selepas beberapa proses dalam pilihan raya legislatif (Pileg) dan pilihan raya Presiden (Pilpres).

“Kita perlu melihat angka-angka yang diperoleh oleh Badan Pusat Statistik (BPS). Ini merupakan sebagai langkah berjaga-jaga untuk perkara berkaitan misalnya melibatkan eksport dan import,” ujar Jokowi.

Memetik kenyataan Biro Akhbar Istana Presiden, Jokowi meminta seluruh menterinya untuk meneliti data terbaharu yang dikeluarkan oleh BPS.

Dalam data BPS terbabit, nilai eksport dan import Indonesia dilaporkan mengalami penurunan.

Nilai eksport Indonesia dari Januari hingga Mei tahun ini mencatatkan penurunan sebanyak 8.6 peratus.

Selain itu, nilai import Indonesia dari Januari hingga Mei turut mengalami penurunan, iaitu 9.2 peratus.

Ekoran itu, nilai dagangan Indonesia sehingga Mei tahun ini mengalami defisit sebesar AS$2.14 bilion (RM8.9 bilion). - AGENSI