Jho Low menghadapi pertuduhan menjadi dalang dan perantara 1MDB tetapi tertuduh masih bebas.

Bekas jurubank, Ng Chong Hwa dan Tim Leissner pula menghadapi pertuduhan me­lakukan rasuah dan bersubahat melakukan penggubahan wang haram.

Chong Hwa telah ditahan di Malaysia semalam manakala Leissner mengaku bersalah dan bersetuju membayar AS$43.7 juta (RM182.7 juta) sebagai pemulangan wang yang diperoleh secara haram.

Chong Hwa didakwa bersubahat melanggar kawalan dalaman di Goldman Sachs dengan menaja jamin bon bernilai AS$6.5 bilion (RM27.1 bilion) yang dikeluarkan 1MDB.

Tiada sebarang pertuduhan dikemukakan terhadap Goldman Sachs.

Sementara itu, Jho Low melalui seorang jurucakap-nya menegaskan beliau tidak bersalah terhadap sebarang isu yang melibatkan 1MDB.

“Jho Low tidak mempunyai sebarang kedudukan rasmi dalam 1MDB atau bertugas di Goldman Sachs atau kerajaan Malaysia atau Abu Dhabi,” katanya. – AFP