BBC melaporkan, penyelam berpeluang mendekati dan menyentuh jerung betina yang dikenali sebagai ‘Deep Blue’ sepanjang kira-kira enam meter dengan anggaran berat 2.5 tan metrik itu.

Haiwan pemangsa yang dipercayai pernah ditanda oleh penyelidik kira-kira 20 tahun lalu tertarik ke kawasan luar pantai selatan Oahu di­sebabkan bangkai paus sperma.

Jerung putih jarang dilihat di sekitar Hawaii kerana haiwan tersebut lebih menyukai lautan sejuk.

Salah seorang penyelam, Ocean Ramsey memberitahu Honolulu Star Advertiser, mereka sedang merakam sekumpulan jerung harimau sedang makan bangkai paus sebelum ‘Deep Blue’ datang.

“Kami melihat beberapa jerung harimau dan apabila jerung betina tersebut tiba, semua haiwan pemangsa yang lain lari. Jerung tersebut kemudian mula mendekati bot kami.

“Kami keluar ketika matahari terbit dan haiwan itu ber­ada bersama kami sepanjang hari,” katanya.

Ramsey memberitahu, jerung yang berusia kira-kira 50 tahun itu sangat lebar dan mungkin bunting.