Cukai Pelancongan Antarabangsa yang dimasukkan dalam caj tiket penerbangan itu meliputi semua pelancong yang berusia dua tahun dan ke atas tanpa mengira kewarganegaraan.

Kerajaan mahu mensasarkan perolehan menerusi cukai tambahan itu sebanyak kira-kira 50 billion yen bagi meningkatkan infrastruktur pelancongan seperti mempercepatkan proses imigresen di lapangan terbang dan menggalakkan pelancong berkunjung ke kawasan lain selain Tokyo dan Kyoto.

Jepun kini giat menarik pelancong antarabangsa sebagai tonggak pertumbuhan ekonomi baharu,

Sektor pelancongan di Jepun mencatat rekod baharu apabila lebih 30 juta pelancong terutama daripada negara Asia seperti China, Korea Selatan dan Taiwan dianggarkan berkunjung ke negara ini pada tahun lalu,

Jepun menyasarkan peningkatkan jumlah pelancong kepada 40 juta menjelang 2020 tatkala Tokyo menjadi tuan rumah bagi acara Sukan Olimpik. -AFP