Straits Times melaporkan Ketua Setiausaha Kabinet, Yoshihide Suga berkata, larangan menyertaan wanita dalam upacara itu dibuat berdasarkan perlembagaan Jepun dan menghormati tradisi keluarga imperialis.

Semua ahli kabinet akan dijemput termasuk satu-satunya menteri wanita, Satsuki Katayama ini kerana mereka hanya menjadi pemerhati dan bukannya mengambil bahagian dalam upacara tersebut.

Lapor Kyodo News, tiada wanita dijemput untuk upacara itu apabila Akihito mengambil tahta pada 1989.

Majlis Kenji-to-Shokei-no-gi yang bakal berlangsung pada 1 Mei ini, maharaja baharu akan mewarisi peralatan kebesaran seperti pedang. -AGENSI