Menurut Kementerian Kehakiman Jepun, hanya pelarian sebenar atau ‘bonafide refugees’ dibenarkan berbuat demikian berdasarkan peraturan terbaharu itu.

Pada masa yang sama katanya, mana-mana pemohon suaka berulang dan mereka yang gagal semasa pemeriksaan awal pula akan ditempatkan di pusat-pusat tahanan selepas pas kebenaran untuk mereka tinggal di Jepun tamat tempoh.

“Kami mahu memberi fokus kepada pelarian yang betul-betul memerlukan perlindungan ketika ini,” kata Menteri Kehakiman Jepun, Yoko Kamikawa dalam satu sidang media hari ini.

Ketika ini, Jepun dianggap sebagai antara negara yang memiliki sistem paling ketat untuk mana-mana pelarian atau pemohon suaka yang berada di negaranya. -REUTERS