Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Jaket Patrick Swayze dilelong

Jaket kulit milik mendiang Patrick Swayze yang dipakai semasa
JAKET kulit milik mendiang Patrick Swayze yang dipakai semasa berlakon dalam filem Dirty Dancing berjaya dilelong dengan harga RM271,295. - BBC.COM

LOS ANGELES 29 April – Jaket kulit yang dipakai pelakon Patrick Swayze dalam filem Dirty Dan­cing berjaya dilelong dengan harga AS$62,500 (RM271,295) pada majlis lelongan di sini, Jumaat lalu.

Beratus-ratus barangan yang dimiliki oleh mendiang Swayze termasuk papan luncur air daripada filem Point Break dan baju daripada filem Ghost turut berjaya dilelong.

Balu mendiang, Lisa Niemi berkata, perasaannya berbelah bahagi untuk menjual barangan milik suaminya itu.

Swayze meninggal dunia pada tahun 2009 pada usia 57 tahun akibat kan­ser pankreas.

Jaket kulit itu dibeli seorang pengumpul barangan memori Hollywood yang hanya mahu dikenali sebagai Glenn.

Niemi berkata, walau apa pun terjadi dia tetap akan menjual barangan itu.

“Memang ada perasaan kehilangan dengan tindakan saya itu dan walaupun dilihat sebagai tindakan positif tetapi ia merupakan perkara yang sukar,’’ katanya kepada Press Association yang dipetik oleh portal BBC.

Menurut Niemi, dia me­rupakan wanita bertuah kerana memiliki seorang lelaki yang sangat mencintainya.

Lelongan itu diteruskan walaupun mendapat tentangan daripada anak saudara mendiang.

Danielle Swayze berkata, barangan itu adalah barangan pusaka keluar­ganya.

Tindakan Niemi itu katanya, seolah-olah suatu tamparan ke­rana menjual barangan memori yang sangat berharga.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain