Kementerian Luar Thailand (MFA) berkata sebagai Pengerusi ASEAN, kerajaan Thailand memberi keutamaan yang tinggi dalam memupuk perkongsian dalam kemampanan penangkapan ikan dan pemuliharaan alam sekitar marin.

“Thailand berhasrat untuk menghapuskan amalan penangkapan ikan secara haram dari rantau ini.

Dengan matlamat utama untuk meningkatkan keberkesanan kawalan, pemantauan dan penguatkuasaan undang-undang dan peraturan undang-undang IUU, semua agensi Thailand yang berkaitan komited untuk bekerjasama rapat untuk meningkatkan pemantauan dan penguatkuasaan undang-undang memerangi penangkapan ikan secara haram.

“Mereka juga bersedia untuk bekerjasama dengan negara anggota ASEAN yang lain untuk menyokong penubuhan Rangkaian IUU ASEAN dan melaksanakan misi masa depannya,” kata kenyataan itu.

Pada satu mesyuarat telah diadakan dengan Kesatuan Eropah (EU) yang antara lain membincangkan kemungkinan menubuhkan Rangkaian IUU ASEAN bagi menjelaskan pendirian bersama ASEAN bagi menangani aktiviti tangkapan ilan secara haram di rantau itu.

MFA berkata Rangkaian itu bertujuan menyediakan platform yang boleh diakses untuk maklumat; dan saluran komunikasi antara pihak berkuasa penguatkuasa undang-undang dan agensi-agensi kerajaan berkaitan yang bertanggungjawab untuk memerangi tangkapan ikan secara haram.

“Setelah ditubuhkan, rangkaian ini akan memudahkan pertukaran maklumat antara negara yang kapal didaftarkan, negara pelabuhan, negara pesisir dan pertubuhan Pengurusan Perikanan Wilayah (RFMOs). Ia juga membolehkan pertukaran maklumat mengenai undang-undang dan peraturan tempatan dan langkah-langkah pengurusan perikanan, “ kata kenyataan.

MFA berkata rangkaian itu akan membantu pembinaan kapasiti pegawai dan pembangunan alat dan teknologi untuk penyiasatan dan analisis data yang menghasilkan pengumpulan bukti mengenai tangkapan secara haram.

“Ini akan membantu meningkatkan kepasiti pemantauan, kawalan dan pengawasan agensi-agensi yang kompeten di ASEAN, dan meningkatkan lagi kerjasama dalam memerangi aktiviti penangkapan iksna secara haram di peringkat nasional dan serantau,” katanya.

Sementara itu, Pusat Command Thailand untuk Memerangi Penangkapan Ikan Secara Haram (CCCIF) menahan 66 bot tangkap ikan dalam dua operasi khas untuk menahan kapal-kapal yang melanggar peraturan perikanan di perairan Thailand di Wilayah Ranong bulan lepas.

Operasi itu dijalankan oleh Pasukan Penangkapan Khas bersama pegawai dari Jabatan Perikanan, Pusat Pemeriksaan Haiwan Akuatik Wilayah Ranong, dan Unit Peronda Perikanan Laut Ko Surin (Phangnga).

Leftenan Jeneral (Polis) Waisaya berkata operasi itu menunjukkan komitmen berterusan kerajaan Thai land untuk memerangi aktiviti yang melanggar undang-undang.

“Penguatkuasaan undang-undang dan peraturan yang ketat terbukti berdasarkan pengurangan jumlah kes penangkapan ikan secara haram dari 3,270 kes pada 2016 kepada 958 kes pada 2017, 574 kes pada 2018 dan 333 kes sehingga tahun ini,” katanya.

Pada masa ini, agensi-agensi berkaitan telah merampas dan menahan kapal-kapal di pelbagai pelabuhan di wilayah Rayong dan sedang menimbangkan untuk mengenakan pertuduhan lanjut. -BERNAMA