Menurut kenyataan dikeluarkan perkhidmatan keselamatan Shin Bet, lelaki tersebut, Romain Franck menggunakan kenderaan konsulat untuk melepasi pemeriksaan pihak berkuasa Israel dan menyeludup kira-kira 70 senapang dan dua raifal ke sempadan Gaza-Israel dan Tebing Barat sebanyak lima kali.

Jurucakap Kedutaan Perancis di Tel Aviv menyifatkan suspek tersebut sebagai anggota konsulat jeneral di Baitulmuqaddis dan negara itu mengambil kira kes berkenaan secara serius serta sedia bekerjasama dengan pihak berkuasa Israel.

Seorang pegawai keselamatan Israel yang enggan dikenali berkata, suspek dikatakan mempunyai motif berunsurkan kewangan. - REUTERS