Menurut penduduk tempatan, tentera rejim tersebut mengeledah beberapa rumah di bandar itu sebelum menahan 10 penduduk.

Bagaimanapun tiada lagi kenyataan rasmi daripada pihak Israel.

Beberapa serbuan dilakukan di bandar itu sejak awal bulan ini berikutan pembunuhan penduduk tempatan, Assem Barghouti.

Pihak Berkuasa Israel mendakwa Assem melakukan serangan tembakan mencederakan enam orangnya di timur Ramallah pada 9 Disember lalu. - BERNAMA