Memetik laporan Reuters, Jurucakap kepada Menteri Luar Iran, Bahram Qasemi menegaskan peluru berpandu yang diuji negara itu bersifat pertahanan dan tidak melanggar resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

“Tiada mana-mana resolusi Majlis Keselamatan PBB yang melarang program atau ujian peluru berpandu yang dikendalikan Iran,” katanya.

Menerusi Perjanjian nuklear 2015 dibuat bersama Britain, China, Perancis, German Rusia dan AS, Iran berjanji untuk meneruskan program peluru berpandu yang tidak bercanggah dengan resolusi Majlis Keselamatan PBB.