Menurut Instagram, langkah itu dibuat bagi mengurangkan tekanan kepada pengguna susulan kritikan berhubung impak laman terbabit ke atas kesihatan mental.

Selain itu, pengguna tidak lagi boleh melihat jumlah ‘likes’ pengguna lain.

“Kami mahu Instagram menjadi tempat di mana orang ramai berasa selesa meluahkan diri mereka.

“Kami berharap langkah percubaan ini akan mengurangkan tekanan tentang berapa banyak ‘likes’ anda dapat, supaya kamu boleh fokus berkongsi perkara yang anda sukai,” kata pengarah polisi Facebook Australia dan New Zealand, Mia Garlick dalam satu kenyataan dikeluarkan. - AFP