Hal ini demikian kerana beberapa laman yang dikendalikan kumpulan konservatif di sini telah disekat atas alasan menyebarkan fahaman berbentuk kebencian.

“Kami mahu mengingatkan Facebook supaya kekal berkecuali dan tidak memihak kepada sesiapa.

“Banyak akaun (Facebook) yang menyebarkan kebencian terhadap Islam dan ulama dibenarkan beroperasi sebelum ini manakala akaun yang menyentuh mengenai bantuan kemanusiaan Islam seperti ini pula disekat,” kata jurucakap Barisan Pertahanan Islam (FPI), Slamet Maarif.

Dalam pada itu, Facebook memberitahu, menjadi dasar mereka untuk memadamkan mana-mana kandungan yang dipercayai melanggar piawaian komuniti daripada dimuat naik ke dalam laman sosial terbabit. -REUTERS