Kementerian Maklumat dan Penyiaran telah memaklumkan perkara terbabit kepada kebanyakan program televisyen yang berunsur tarian, yang menunjukkan kanak-kanak menari mengikut gerak geri pelakon dewasa seperti di dalam filem.

Menurut kementerian terbabit, persembahan tarian sering disifatkan ‘tidak senonoh dan sesuai untuk golongan umur tertentu sahaja’.

Banyak program televisyen di India menjemput kanak-kanak untuk menyertai pertandingan tarian di mana mereka perlu meniru gerak tari dalam filem popular. - BERNAMA