Bangkok Post melaporkan, ikan paus tersebut ditemukan penduduk Moo 3 di pantai kampung mereka sebelum memaklumkan kepada Pusat Pembangunan Marin dan Penyelidikan Sumber Pantai di Thailand.

Menurut Pengarah Pusat itu, Suthep Juealaong, paus sepanjang enam meter berusia sekitar setahun dipercayai mati ketika ribut tropika Pabuk pada awal bulan ini.

Bangkai paus itu telah dibawa ke pusat di daerah Muang bagi menentukan punca kematian.

Penemuan paus itu merupakan kedua di daerah sama dalam dua hari ini.