GAMBAR yang dimuat naik dalam instagram stories Ifan Seventeen yang mengharapkan isterinya selamat ditemukan selepas hilang dalan Tsunami Selat Sunda kelmarin. - AGENSI

Portal detikHot melaporkan, Ifan dalam Instagram Stories memuat naik gambar Dylan ketika bercuti sebelum ini.

“Pulanglah sayang, aku sangat rindu,” kata Ifan dalam aplikasi itu.

Setakat ini, Dylan dan pemain drum Seventeen, Andi masih belum ditemukan manakala Herman (pemain gitar), Bani (bass) dan Oki Wijaya (pengurus) disahkan meninggal dunia.

Ifan terselamat selepas berpaut kepada sebuah kotak selepas mereka dirempuh ombak ketika membuat pertunjukan di Tanjung Kesung Beach Resort kelmarin.