Dalam kejadian kira-kira pukul 2.50 pagi ini, kereta yang dipandu oleh wanita berusia 37 tahun itu dikatakan terlanggar belakang sebuah lori di Redfall Hill, iaitu kira-kira 21 kilometer dari lokasi rumahnya.

Portal Malay Online melaporkan, kira-kita satu jam kemudian, wanita itu dibawa pulang ke rumah oleh anggota polis selepas melakukan pemeriksaan di sebuah hospital berhampiran.

Setibanya di rumah mereka, polis mendapati dua anak wanita itu dalam keadaan yang mencurigakan. Pemerikasaan awal mendapati kedua-dua kanak-kanak yang berusia dua tahun dan kakaknya yang tidak diketahui usianya dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Kedua-dua mereka kemdian dibawa ke hospital dan disahkan meninggal dunia.

Menurut salah seorang jiran suspek yang enggan dikenali memberitahu, wanita itu baharu pindah ke rumah yang bernilai £215,000 (RM1 juta) itu. - AGENSI