Ant-Man and the Wasp merupakan sekuel kepada Ant-Man yang ditayangkan pada 2015 dan merupakan filem keluaran ke-20 oleh Marvel Cinematic Universe serta pertama kali menampilkan wanita dalam tajuk filem mereka.

“Kami sentiasa tahu bahawa filem seterusnya adalah Ant-Man and the Wasp. Sudah sampai waktunya dia muncul dan menjadi adiwira,” kata Presiden Marvel Studios, Kevin Feige ketika sidang media filem berkenaan di Pasadena, selatan California semalam.

Watak The Wasp masih lagi dipegang oleh aktres terkemuka, Evangeline Lilly dan bergandingan sekali lagi dengan aktor, Paul Rudd sebagai Ant-Man.

Menurut Lilly, watak The Wasp sepatutnya diperkenalkan dalam filem Captain Ameri­ca: Civil War bersama-sama Ant-Man pada 2016.

“Saya mendapat panggilan dan mereka membuat keputusan untuk tidak memperkenalkan The Wasp dalam filem ber­kenaan.

“Kemudian mereka me­nya­takan kepada saya ba­hawa mereka mahu men­dedikasikan satu filem memperkenalkan adiwira wanita,” ujar Lilly.

Ant-Man and the Wasp akan mula ditayangkan di seluruh dunia pada 6 Julai. – AFP