Singapura sedar tentang laporan berita bahawa tiada permintaan dibuat oleh Singapura, kepada Hong Kong, bagi menangkap dan mengekstradisi Low.

“Laporan ini tidak benar. Kami mengeluarkan waran tangkap ke atas Low pada April 2016, berikutan siasatan dan tuduhan terhadap beliau kerana kesalahan pengubahan wang haram dan secara tidak jujur menerima harta curi.


“Pada bulan yang sama, bertindak atas maklumat yang diterima, kami menghantar permintaan kepada Jabatan Kehakiman Hong Kong untuk permintaan bagi penangkapan bersyarat Low di bawah Perjanjian antara Kerajaan Singapura dengan Kerajaan Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong bagi penyerahan Pesalah Fugitif,” kata Polis Singapura dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

Tambah kenyataan berkenaan, bagaimanapun permintaan Singapura itu ditolak oleh pihak berkuasa Hong Kong. - BERNAMA