Purnama atau lebih dikenali sebagai Ahok tewas dalam kes tersebut tetapi Ketua Pendakwa Ali Mukartono hanya menge­syorkan pengawasan selama dua tahun dan bakal dikenakan hukuman penjara selama setahun jika beliau melakukan jenayah dalam tempoh itu.

Cadangan hukuman atas dakwaan menghina Islam itu dikemukakan sehari selepas Ahok dilaporkan tewas di tangan pencabarnya yang juga bekas Menteri Pendidikan, Anies Baswedan dalam keputusan awal undian pemilihan Gabenor Jakarta semalam.

“Dalam tempoh dua tahun, jika Ahok tidak melakukan sebarang perbuatan jenayah seperti rasuah, mencuri, beliau akan dibebaskan.

“Jika dalam tempoh itu, beliau melakukan perbuatan jenayah, hukuman penjara selama setahun akan dikenakan,” kata peguamnya, I Wayan Sudirta kepada AFP.

Pendakwaraya sebelum ini mencadangkan Ahok disabitkan dengan dakwaan lebih rendah yang membawa hukuman maksimum penjara selama empat tahun.

Bagi dakwaan yang lebih serius, defendan hendaklah dituduh melakukan perbuatan itu dengan sengaja.

Cadangan hukuman adalah prosedur biasa dalam kes mahkamah di Indonesia dan biasanya akan dilaksanakan dalam tempoh beberapa ming­gu. – AFP