Motosikal terbaharu ini tidak lagi menggunakan konsep lama iaitu dengan gear dan clutch, sebaliknya hanya perlu hidup enjin serta pulas pendikit untuk memecut serta mampu mencapai kelajuan 120 batu sejam.

Motosikal ini mampu mencapai kelajuan dari 0 ke 60mph dalam masa 3.5 saat, kata Harley-Davidson.

Motosikal berkenaan sudah boleh ditempah pada harga kira-kira RM120,000 sebuah bagi pasaran Amerika Syarikat.

Demonstrasi motosikal itu diadakan di kawasan pameran Panasonic dan sekali lihat model terbaharu ini adalah sangat berbeza dengan bentuk kebiasaan keluaran syarikat motosikal berkenaan. - Agensi