Saki-baki cebisan daging kanak-kanak itu ditemukan oleh penduduk setempat di ladang teh Garganda, Madarihat dekat sini pagi ini.

Ibu kanak-kanak malang itu, Puja Oroan berkata, harimau bintang itu memasuki rumahnya dan merampas anaknya bernama Pranita yang sedang tidur di ribanya.

“Saya cuba sedaya upaya untuk melawan harimau itu tetapi saya gagal menyelamatkan anak saya memandangkan binatang itu terlalu kuat dan besar,” katanya kepada Times of India, di sini hari ini.-AGENSI