Berlian seberat 37 karat tersebut kini dipamerkan di premis lelong Sotheby di London.

Pakar barangan kemas Sotheby, Danilea Mascetti berkata, berlian yang ditemukan pada 2015 tersebut mempunyai bentuk yang menarik berserta potongan yang pelbagai.

Pada November 2010, sebutir berlian merah jambu 24.7 karat dijual pada harga lebih AS$46 juta (RM194 juta) di Geneva. – REUTERS