Lapor Mail Online, kajian berkenaan mencadangkan de­ngan cara menganalisis kandu­ngan hantaran yang dimuat naik ke Facebook, ia boleh membantu mengenal pasti tanda-tanda penyakit seperti kencing manis, kebimbangan, kemurungan dan psikosis.

Sekumpulan pakar menggunakan teknologi kepintaran buatan (AI) untuk menganalisis bahasa dalam hantaran Facebook membabitkan kira-kira 1,000 orang pesakit.

Hasil kajian itu boleh digunakan dalam mendapatkan gambaran tentang pilihan kehidupan seseorang dan bagaimana perasaan individu, yang membantu mereka mendapatkan sebarang rawatan susulan.

Kajian terbabit melibatkan sekumpulan penyelidik dari Sekolah Perubatan Pennsylvania dan Universiti Stony Brook.

“Usaha ini masih baharu namun kami berharap agar hasil kajian yang kami peroleh daripada hantaran-hantaran ini boleh digunakan untuk memberi maklumat tentang tahap kesihatan mereka.

“Hantaran dalam media sosial adalah tentang pilihan gaya hidup seseorang dan pengalaman serta bagaimana mereka rasa. Maklumat ini boleh memberikan maklumat tambahan tentang pengurusan kesihatan dan sejauh mana tahap kesihatan mereka,” kata penulis utama kajian terbabit, Dr. Raina Merchant.

Menurut penyelidik, penggunaan ayat seperti ‘minum’ atau ‘botol’ boleh digunakan untuk mengesan masalah ketagihan alkohol manakala penggunaan bahasa kasar dijadikan rujukan tentang masalah ketagihan dadah dan psikosis. – AGENSI