Lapor portal al-Jazeera, gencatan senjata itu sekali gus menamatkan pertempuran yang berlarutan sejak beberapa minggu lalu.

Bagaimanapun, sehingga kini tiada kenyataan rasmi dikeluarkan oleh kedua-dua pihak, tetapi seorang pegawai Israel yang enggan didedahkan identitinya menafikan perkara berkenaan.

Hal demikian kerana Israel dikatakan jarang sekali mencapai persetujuan seperti itu dengan Hamas.

Pertempuran melibatkan serangan roket dan bedilan udara di sempadan Gaza-Israel sejak beberapa minggu lalu telah memaksa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Mesir campur tangan bagi mengelakkan sebarang konflik buruk.

Sejak Rabu lalu, pesawat Israel membedil lebih 150 lokasi ketenteraan Hamas di Gaza selepas pejuang Palestin melancarkan 180 roket dan mortar ke wilayah rejim Zionis.

“Usaha Mesir berjaya memulih­kan ketegangan antara puak Palestin dan Israel. Kami akan menghormati usaha tersebut se­lagi Israel juga berbuat perkara serupa,” kata salah seorang pegawai Palestin.

Sementara itu, seorang lagi pegawai Palestin yang mengetahui mengenai rundingan terbabit berkata, gencatan senjata bermula pada pukul 4.45 pagi waktu Malaysia hari ini.