Kenyataan itu dibuat Ketua Hamas, Yahya Sinwar selepas beberapa jam Amerika Syarikat (AS) menuntut Hamas mematuhi syarat-syarat berkenaan sebagai sebahagian daripada penyatuan kerajaan antara pergerakan tersebut dengan kumpulan Fatah.

“Tiada siapa di dunia ini yang boleh melucutkan senjata kami malah kami akan terus berkuasa melindungi rakyat kami dan tiada siapa yang boleh memaksa kami mengiktiraf penjajahan ini,” tegas beliau.

Terdahulu, Jason Greenbalt yang merupakan wakil khas Presiden AS, Donald Trump bagi rundingan antarabangsa telah membuat kenyataan yang menuntut Hamas mematuhi syarat-syarat berkenaan.

Kenyataan itu merupakan maklum balas terperinci yang pertama dibuat AS ekoran perjanjian penyatuan antara Hamas dan Fatah yang ditandatangani di Kaherah, Mesir, minggu lalu sekali gus menamatkan persengketaan kedua-dua kumpulan itu yang telah berlarutan selama 10 tahun. - AFP