Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Halimah diisytihar bakal Presiden Singapura

Halimah Yacob bersalaman dengan para penyokongnya selepas meninggalkan
Halimah Yacob bersalaman dengan para penyokongnya selepas meninggalkan pusat pencalonan di Singapura, semalam. Reuters

SINGAPURA 13 Sept. – Bekas Speaker Parlimen Singapura, Halimah Yaacob diisytiharkan sebagai bakal Presiden hari ini selepas kertas pencalonan yang dikemukakan memenuhi peraturan dan diisi dengan lengkap.

Halimah merupakan bakal Presiden wanita pertama Si­ngapura yang menjadi ketua negara ini sejak 47 tahun lalu.

Para penyokongnya yang memakai pakaian serba jingga berkumpul di ibu pejabat Persatuan Rakyat (PA) di King George’s Avenue untuk me­nyambut ketibaan beliau hari ini.

Halimah ditemani suami­nya, Mohamed Abdullah yang bertindak sebagai pencadang dan penyokong, lapor portal Channel News Asia.

Beliau perlu menghantar sijil kelayakan yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Pilihan Raya Presiden dan sijil sumbangan politik.

Jika kertas-kertas berkenaan lengkap dan tiada bantahan maka beliau akan diisytiharkan sebagai Presiden yang dipilih.

Hanya Halimah calon yang mempunyai peluang daripada tiga calon yang berpotensi untuk menyandang jawatan itu.

Dua lagi calon, ahli perniagaan, Mohamed Salleh Marican dan Farid Khan tidak meme­nuhi kelayakan minimum untuk bertanding.

Di bawah pindaan perlembagaan yang berkuat kuasa pada Jun lalu, pemohon perlu menunjukkan mereka memiliki syarikat yang mempunyai pegangan saham ekuiti bernilai sekurang-kurangnya S$500 juta (RM1.5 bilion).

Halimah memenuhi kriteria yang diperlukan bagi calon daripada sektor awam kerana pernah memegang jawatan sebagai Speaker selama tiga tahun.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain