Hakeem Al Araibi, 25, yang meninggalkan Bahrain pada 2014 dan menerima status pelarian di Australia, dibebaskan dari penjara Isnin lalu.

Beliau berkunjung ke Bangkok November tahun lalu untuk berbulan madu bersama isterinya.

Namun, beliau ditahan di lapangan terbang selepas penguatkuasa Thailand menerima arahan daripada kerajaan Bahrain.

Pihak berkuasa Bahrain mendakwa Hakeem terlibat ketika rusuhan kebangkitan rakyat dunia Arab pada 2011.

Hakeem bagaimanapun menolak tuduhan tersebut.

“Saya belum memiliki kewarganegaraan (Australia) buat masa ini, tetapi ini adalah negara saya.

“Saya sayangkan Australia dan akan mati di sini,” katanya.

Ketibaan pulangnya di Melbourne disambut ratusan penyokong dan media.-REUTERS